Wednesday, February 29, 2012


''RASA BERDOSA MAINKAN PERASAAN KEKASIH'' ( baca sampai habis..sangat menarik dan tersentuh hati )


Soalan : 

saya ingin bertanyakan pendapat Prof masalah yg dihadapi sekarang. Setahun lalu saya berkawan rapat dengan seorang jejaka bernama M. Dia sgt baik dan ada ciri-ciri lelaki saya cari selama ini. Masalahnya keluarga menentang hubungan kami malah memilih calon lain untuk saya. Keluarga menyuruh saya memutuskan huungan dengan M dan berkawan dengan A. Niat saya berkawan dengan A atas desakan keluarga. Tetapi, lama-kelamaan saya mula senang dengan sikap A yg baik, hormat orang tua dan selalu menolong keluarga saya ketika dalam kesusahan. A juga ada menyatakan keinginan untuk mengahwini saya. Pada masa yg sama, saya belom memutuskan hubungan dengan teman lelaki M. Saya pernah menyatakan ingin berkahwin dengan M, akibatnya saya dimarahi keluarga dan mereka tidak akan membenarkan saya pulang ke rumah kalo masih berkawan dengan M..hmmm..A dan M sangat baik, saya buntu dan tak taw nk pilih sapa. Adakah saya berdosa jika melawan cakap ibu dan ayah hanya kerana seorang lelaki ???? Saya mahukan restu keluarga dan jika saya pilih A apakah yg harus saya beritahu M ?? Saya amat rasa bersalah dan tertekan sejak akhir2 ini. Saya rasakan diri saya amat berdosa mempermainkan perasaan orang, bantulah saya Prof ~ gadis tertekan ~
~ kangar ~

Jawapan :-

Bertuahnya seorang wanita apabila mendapat lelaki yg mencintainya setulus hati. Anda mempunyai dua jejaka yg sanggup menitiskan air mata demi cinta mereka kepada anda. Namun kata pepatah, cinta bole tumbuh dalam madu dan racun. Cinta juga penyakit. Bukannya anda tidak dicintai, tetapi dicintai dua jejaka. Membuat pilihan yg tepat banyak liku dan cabarannya. Seperti anda, amatlah sukar untuk menyintai dua lelaki pada waktu yang sama. Anda berasa bersalah. Apa yg lebih menyukarkan ialah untuk memilih hanya seorang daripada dua insan yg banyak membawa bahagia dalam hidup. Takut tersalah pilih. Ibarat kata cinta, ''Daripada kalangan yg kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yg sanggup menyinari anda walao di mana saja kamu berada.'' Jika tersalah pilih, akibatnya akan merana hidup....Sama ada A ataw M, pasti akan berasa kecewa apabila tidak terpilih. Namun, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Jika A ataw M benar-benar mencintai anda, walaopon tidak terpilih, mereka sepatutnya mendoakan kebahagiaan anda. Ini kerana cinta yang suci dapat dilihat daripada pengorbanan seseorang, bukan dari pemberian semata-mata. Dan juga, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya, walaopon dia tidak berada di sisi kita..Jika anda melepaskan A ataw M, pastinya anda kecewa tapi cinta itu ibarat air hujan. Bagaimana lebat ia turun, pasti akan berhenti jugak. Ini jugak akan memberi peluang kepada A ataw M untuk mencari pengganti anda. Ruang kosong antara celah-celah jari A ataw M dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Anda kena bijak buat pilihan yg benar-benar dapat membahagiakan anda. Kebahagiaan sebuah keluarga banyak bergantung kepada sokongan ahli keluarga yg lain. Prof doakan anda akan membuat pilihan terbaik kerana cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat...-Prof muhammad issya ~~