Thursday, March 1, 2012

Bernafsu Pada Lelaki tetapi Lebih Bernafsu Pada Perempuan

Salam ustaz,


Pada asalnya,saya ada meminati seorang lelaki.Yang agak menggetarkan jiwa dan naluri saya sebagai seorang perempuan.
Alhamdulillah,lelaki itu elok budi pekertinya dan sopan santun.Saya pernah cuba untuk mendekati lelaki tersebut dengan niat untuk berkenalan dan membimbing saya.Tanpa saya sangka,saya sudah jatuh hati padanya.Si lelaki ini,dapat mengagak yang saya sukakanya lalu telah menjauhkan dirinya daripada saya.Seumur hidup saya,saya tidak pernah berasa demikian dengan mana-mana lelaki hingga sekarang.Perasaan sayang padanya masih lagi ada walaupun sudah hampir 8 tahun kami tak berjumpa.

Kerana perasaan putus asa dan kecewa dengan sikapnya,saya telah ditemukan dengan seorang lelaki di laman internet.Yang mana,lelaki ni pula kurang budi pekerti,selalu meninggalkan solat tetapi telah berjanji untuk menjaga saya.Dan lelaki ini,meminta saya untuk membimbing ia.Di awal perkenalan,banyak perubahan yang menjerumus kepada kebaikan ditunjukkan si lelaki ini.Tetapi,setelah hampir 2 tahun perkenalan,perangainya mulai berubah.Dia sudah mula berani menyentuh saya dan mengambil kesempatan ke atas tubuh badan saya.Pada mulainya,saya melawan akan tetapi perasaan sayang yang ada selama 2 tahun perkenalan,akhirnya iman saya tewas dengan nafsu.Kami terlanjur.

Masalah ini,sudah saya rahsiakan hampir 4 tahun dari pengetahuan keluarga saya terutama ibu bapa saya.Saya telah bercinta dengan lelaki ini hampir 4 tahun.Dan hubungan saya dengan lelaki ini,sudah sampai ke tahap yang saya tak dapat duga.Saya pernah merayu kepadanya,melepaskan saya.Kerana saya ingin bertaubat,tetapi hampa kerana dia mengugut untuk memberitahu kepada keluarga dan kawan-kawan saya.Saya buntu,dan terpaksa mengikut kehendak nafsunya.

Semakin hari,saya berasa benci terhadap lelaki ini kerana sikapnya yang suka mendesak,mengugut dan memaksa melakukan hubungan seks dengannya telah merimaskan hidup saya.Saya banyak murung dan sangat tertekan lebi-lebih lagi saya masih belajar.Ia amat menganggu pelajaran saya.Perasaan marah yang meluap-luap,akhirnya saya cuba menjauhkan diri darinya dengan alasan masih belajar dan sukar pulang untuk bercuti.Hampir 7bulan,kami tidah melakukan hubungan seks.Mungkin kerana pernah melakukan seks,saya ketagih lalu telah berkenalan dengan seorang perempuan daripada chatroom.

Perempuan ini,mengaku dirinya lesbian.Sejak berkenalan dengannya dia banyak mematangkan saya.Saya suka dan mula jatuh hati dengannya.Dia sering membuat saya kagum tentang dirinya walaupun banyak sejarah hitam pernah dilaluinya.Sejarah hitam itu juga telah membuat dia menjadi manusia yang berjaya hingga sekarang.Naluri dia hampir sama dengan saya,sukakan kejayaan,prihatin,lemah lembut yang akhirnya saya telah bersetuju untuk menjadi 'partner' dia.

Kami berjumpa,buat pertama kalinya.Perasaan rindu dan sayang telah menyebabkan kami terlanjur sebagai lesbian.Dan semenjak itu juga,saya berasakan 'bersama' perempuan nikmatnya lebih hebat daripada 'bersama' lelaki.Saya berasa puas dan selesa bersama.Tetapi,bagi kami(lesbian) untuk sesuatu hubungan bukanlah atas dasar seks semata-mata.Ianya lebih kepada perasaan dan prihatinnya terhadap pasangan.Dia sering memberi nasihat dan dorongan ketika saya bergaduh dengan teman lelaki.Dia jugalah,yang memberi kekuatan kepada saya untuk berterus terang pada ibu ayah saya akan ketelanjuran saya dengan teman lelaki.

Teman lelaki saya dapat menghidu perbuatan saya,dan menyangka saya berlaku curang dengan lelaki.Dia mengugut untuk mengaibkan saya kepada keluarga dan rakan-rakan saya.Sebelum sempat dia berbuat kemudia,saya telah berterus terang dengan keluarga.Ibu bapa sangat kecewa,apabila mendapat tahu saya bersekedudukan dengan jantan tersebut.Semenjak hari itu,saya sudah tidak berhubung dan terus memutuskan persahabatan dengan jantan tersebut.Ibu bapa saya menyuruh saya bertaubat dan berjanji tidak mengulangi dosa tersebut.Saya telah berjanji pada mereka untuk bertaubat.

Akan tetapi,naluri dan nafsu saya masih lagi ada pada 'partner' saya.Saya tak sanggup untuk melepaskan dan melupakannya.Walaupun,saya meninggalkan 'partner' saya,saya khuatir saya akan mencari lesbian lain sebagai penggantinya.Ustaz,tolonglah saya.Tiap kali solat,yang saya tak pernah tinggal 5 waktu sehari itu saya berdoa agar saya dapat dikembalikan normal dan dijauhkan dari perbuatan terkutuk ini.Tiap malam,saya solat taubat dan hajat untuk menunjukkan saya ke jalan yang betul.Saya tahu, walaupun saya berkahwin,tetapi nafsu saya lebih kepada perempuan.Akan tetapi,saya juga masih menyayangi lelaki yang pernah menggentarkan jiwa saya ini.Mencintainya,dalam diam hampir 8 tahun.Tetapi,saya juga lebih selesa dengan belaian seorang perempuan.Kebetulan,ibu bapa saya tidak tahu yang saya telah terlanjur dengan lesbian juga.


Dari situ juga,saya tahu diri saya adalah biseks.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan mencari jalan ke pintu taubatMu.