Thursday, April 28, 2011

UJIAN Itu ANUGERAH

Hidupku kini penuh dengan persoalan yang begitu payah untuk diterangkan.. sehingga kadang-kadang aku rasakan seperti dunia telah sampai ke penghujungnya. Tetapi bila difikirkan kembali, aku hanyalah manusia biasa. Setiap seorang daripada makhluk yang bernama manusia pasti akan diuji dengan ujian daripada Yang Maha Pencipta.
Setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Adakalanya kita sedar akan hikmahnya. Tak kurang juga kita tidak sedar apa natijahnya. Allah swt telah menyediakan kita dengann pelbagai pilihan. Semuanya terpulang kepada kita sama ada kita ingin memilih jalan ke kanan ataupun jalan ke kiri. Namun kita perlu ingat bahawa setiap suatu langkah yang kita ambil akan tetap dihitung dan dicatat oleh dua pengawal yang sedia bersama sejak azali hinggalah akhirnya. Siapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah Rakib wa Atib….. penjaga setia dengan lembaran amalan manusia.
Ramai daripada kita yang merasakan bahawa ujian ini terlalu menyeksakan sehingga mereka mula menyensong kepada sesuatu yang menyenangkan. Tapi sesungguhnya Allah swt tidak akan sesekali menyeksa hamba-hambaNya. Allah swt tahu segalanya tentang diri kita. Allah swt itu Maha Mengetahui setiap isi alam, tujuh petala bumi dan tujuh petala langit, semuanya dalam perhatian Allah.. kerana Dia Tuhan Pemerintah sekalian alam dan juga isinya.
Allah swt Maha Adil…. sebab itu diuji kita dengan pelbagai ujian. Adakalanya ujian itu kecil sahaja tapi adakalanya Dia datangkan kepada kita ujian yang besar. Semua ini bukan suatu penyeksaan sebaliknya ia adalah suatu hadiah buat kita. Supaya kita dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan diri kita. InsyaAllah… jika kita mampu untuk menghadapinya dengan tenang dan redha, tahap keimanan dan ketaqwaan kita akan semakin meningkat. Memang pada zahirnya kita tidak sedar.. tetapi percayalah.. jika ia berlaku, kita akan rasa tenang dan aman secara batiniah.. bukan kerana apa.. kerana ia merupakan tonik batin yang sangat mujarab..
Seberat manapun ujian yang kita tempuhi hari ini hanyalah sebahagian sahaja daripada ujian yang menimpa para Rasul wa Ambia’ dan para sahabat mujahiddin dan mukminin yang terdahulu.. jika kita selak kembali lembaran sirah yang berlaku suatu ketika dahulu, mungkin kita akan sedar betapa dahsyatnya ujian yang menimpa mereka.
Sedarlah wahai sahabatku… wahai temanku.. wahai kawanku.. wahai rakanku.. wahai saudaraku… sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Janganlah disesali dan mengeluh bila dirimu diuji.. kerana itu tandanya dirimu masih disayangi oleh Yang Maha Mengasihani. Janganlah kita memesongkan hati-hati kita kepada sesuatu yang dimurkai olehNya. Berdoalah kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, semoga kita ditunjukkan dan ditetapkan pada Siratul Mustaqim…
Kerana kita ini hanyalah manusia yang biasa. Tiada yang sempurna.. kita hidup penuh dengan kekhilafan dan kelalaian.. sebab itulah diturunkan kepada Rasulullah SAW surah Al-Ashr (surah-103).
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Justeru… marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajad kepada Allah swt dengan penuh khusyuk, rendah diri dan tawadduk memohon limpah dan rahmatnya keatas kita. Berdoalah semoga di akhir nanti kita akan berada dalam golongan orang-orang yang soleh dan para mujahiddin.. semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah Tuhan Sekalian Alam, dinaungi tahtah Arasy’.. dibelai dengan cahaya islam.. dan dipancarkan dengan nur iman… moga kita berada dibawah panji nikmat iman dan islam dan moga mendapat syafaat dari Rasul Yang Agung, Rasulullah saw…
Sekian… moga jadi renungan bersama.. InsyaAllah..

Monday, April 11, 2011

Syukran Jazilan Semua...


Bismillah..


Pejam celik pejam celik dah 21 tahun lebih aku hidup.Dan selama 21 tahun lebih ini jugak lah, pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui.Dari kecil lagi aku menghadapi bermacam-macam dugaan dalam hidup.Disebalik keceriaan yang selalu aku gambarkan, tersimpan seribu satu kepahitan.Aku redha dan terima semua ini dengan hati yang ikhlas.

Aku cuma mampu berdoa kepada Allah semoga dikuatkan hati aku untuk menempuh apa jua dugaan dan cubaan dariNya.Aku redha dan bersyukur dengan apa yang di takdirkan untuk aku..Tuhan, aku tahu Engkau tidak akan memberi cobaan melebihi kemampuan umatnya..sesungguhnya aku tak ingin mengeluh smua ini, tapi aku merasa tidak mampu menanggung semua ni sendri..aku tidak kuat, aku perlukan bantuanMu, tolong kuatkan aku Ya Allah..

Terima kasih utk semua yang sudi berdiri teguh disisi aku tanpa peduli penat lelah melayan kerenah aku ni. Aku minta maaf banyak banyak jika ada perkataan dan bahasa ataw tingkah laku
 aku yg menyinggung perasaan..yg baik itu datang daripada Allah dan yg tak baik itu datang dari kelemahan diri aku sendiri

Kepada kawan-kawan aku semua, tidak kiralah kenai dari mana pon, facebook atau dota atau yg memang dh kenai aku dan kehidupan aku..Terima kasih banyak-banyak kerana banyak menceriakan kehidupan aku sehari hari.Thanks a lot...luv u ALL..

wassalam





''Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun''

Sunday, April 10, 2011

LA TAHZAN kerana CINTA


HAWA..
andai enkgau masih remaja,jadilah anak yg soleh buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu didiklah anakmu sehingga tidak gentar memperjuangkan ad din Allah..


HAWA..
andai engkau belum berkahwin jgn kau risau jodohmu,ingatlah HAWA janji Tuhan kita,wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik.jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yg bukan muhrim krn aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetus salam dan sekaligus disusuli dgn pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri..


HAWA..
lelaki yg baik tidak melihat paras rupa,lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.tetapi lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yg penting pegangan agamanya

lelaki yg baik juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita yg bukan muhrimnya krn dia takut memberi kesempatan kpd syaitan utk menggodanya.lelaki yg warak juga tidak mahu bermain cinta krn dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan
.

OLEH ITU HAWA..
jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu.andai ditakdirkan tiada cinta daripada ADAM untukmu,cukup hanya cinta ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlh hanya cinta daripada kedua IBU BAPAmu yg memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,cukuplah sekadar cinta ADIK BERADIK serta KELUARGA yg membahagiakanmu.. 



                                               HAWA..
cintailah ALLAH dikala susah dan senang krn kau akan memperoleh cinta daripada insan yg juga menyintai ALLAH..cintailah kedua IBU BAPAmu krn kau akan memperoleh keredhaan ALLAH.cintailah KELUARGAmu krn kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dari cinta keluarga....

Tuesday, April 5, 2011

Kawan, Teman ataw Sahabat..

Kawan baik atau sahabat atau teman atau kawan masa senang?


Yang mana satukah anda untuk teman-teman anda?

Kalau diikutkan, persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Kerana itulah persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai  syarat yang berubah-berubah.
Pernahkah seseorang itu berkata........


"Aku nak jadi sahabat ang time ang senang dan kaya dan sihat.. time ni ja, tapi aku tak nak jadi sahabat ang time ang susah dan sakit dan miskin"



Ada tak sapa2 pernah cakap camtu? Kalau ada kasi lempang satu kali jap.. hahaha .. eh.. tak! jangan! Anak orang tu.. hehehe


Aku pernah terjumpa dengan satu ayat....

Sahabat sejati akan berkata,
"Tak kira siapa pun kau, aku tetap sayang kau sentiasa. Kasih dah persahabatan kita tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"


EH... ayat atas tu aku ubah sendiri.. ayat ORI dia camni...

"Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"

Sahabat tidak mementingkan diri sendiri, sedia berkorban, dan susah senang bersama.



Hargailah sahabat anda ek... Mulakan dari kawan-kawan anda. Sahabat tak mudah dicari tapi tak beerti ianya mustahil. Kadang-kadang kita tak perasan yang sentiasa bersama dengan kita yang kita tak pandang langsung tu adalah sahabat kita yang setia sebenarnya :)

Jangan sampai terjadinya perpecahan. Jangan sampai khianat sahabat sendiri mahupun kawan. Kalau dah rasa nak khianat2 tu.. Dok sorang diri dalam bilik. Jangan keluar, jangan bergaul. Rasalah hidup sendiri.





dOa-dOa yang bOleh diamalkan sepanjang mUsim peperiksaan

Doa memulakan ulangkaji اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku



SEMOGA DIPERMUDAHKAN ALLAH DI DALAM 
MENJAWAB PEPERIKSAAN,
BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT, INSYAALLAH.